28 Okt 2012

Inilah Kisah Nabi Jeremiah AS

Kisah Nabi Jeremiah AS
Nabi Jeremiah A.S. merupakan antara salah seorang Nabi dalam kalangan Bani Israil. Melalui pendapat Ibnu Kathir,nama nabi Jeremiah yang sebenar ialah Armia b Hilqiya. Nabi ini diutuskan oleh Allah kepada Bani Israil di Jurusalem pada fasa dia antara Nabi Daud dan Nabi Zakaria.

Beliau dipenjarakan oleh kerajaan Bani Israel di Jurusalem kerana beliau menyuruh mengesakan Allah. Beliau diseksa dan dipenjarakan dengan teruk. Di dalam penjara,beliau telah berdoa kepada Allah agar diberikan pengajaran kepada mereka. Allah memakbulkan doa Nabi Jeremiah itu dan Allah mengutuskan Tentera daripada Babilon dan Assyria untuk menghancurkan kerajaan Israil.

Kisah mengenai Nabi Jeremiah A.S.
Semasa masih muda, Jeremiah memulakan tugas-tugas kenabiannya kira-kira pada akhir dari abad ke tujuh sebelum Masihi, ketika Kerajaan Judah dalam bahaya besar penyerbuan oleh tentera dari Chaldea. Orang-orang Yahudi telah bersekutu dengan Firaun dari Mesir, tetapi kerana Firaun ini telah mengalami kekalahan buruk dari tentera Nebukadnezar, maka nasib buruk Jerusalem adalah hanya tinggal waktu saja. Dalam hari-hari yang sukar itu, selama mana nasib dari tinggalan para hamba Allah akan ditentukan, Nabi Jeremiah dengan semangatnya memberi nasihat kepada raja dan para pemimpin orang-orang Yahudi untuk menyerah dan mengabdi pada Raja Babilon, supaya Jerusalem dapat diselamatkan daripada dibakar habis menjadi abu serta orang-orang Yahudi diselamatkan daripada menjadi sebagai orang tawanan. Beliau mencurahkan semua ceramahnya yang lantang dan berapi-api ke telinga raja-raja, pendeta-pendeta, dan ketua-ketua masyarakat, tetapi semua hanya sia-sia. Beliau menyampaikan firman demi firman Tuhan dengan mengatakan bahawa satu-satunya jalan menyelamatkan negeri dan penduduknya dari kemusnahan yang teruk ialah menyerah kepada orang-orang Chaldea; namun tiada seorang pun sudi mendengar peringatan itu.

Nabi Jeremiah A.S. diseksa dalam tahanan
Nebukadnezar datang dan mengambil alih kota, membawa pergi rajanya, para pembesar serta banyak tawanan. Demikian pula seluruh kekayaan dari kuil termasuk bejana-bejana emas dan perak. Seorang pembesar lain, pembesar yang ketiga, diangkat oleh Kaisar Babilon untuk memerintah sebagai budaknya di Jerusalem. Raja ini, bukannya menjadi bijak dan setia kepada penguasa Babilon tetapi bahkan memberontak terhadapnya. Tanpa henti Jeremiah menasihati raja untuk tetap setia dan meninggalkan kebijakan (persekutuan dengan) Mesir. Namun nabi-nabi palsu terus saja berceramah dengan lantang di kuil dengan berkata: "Demikianlah Tuhan Rumah Allah itu berfirman, Lihatlah, Aku telah mematahkan simpul Raja Babilon, dan dalam waktu dua tahun semua tawanan orang Yahudi dan bejana-bejana Rumah Tuhan akan dikembalikan ke Jerusalem." Jeremiah membuat simpul dari kayu dan dikalungkan di lehernya dan pergi ke kuil serta memberi tahu orang-orang bahawa Tuhan telah berasa senang meletakkan simpul raja Babilon seperti ini pada leher semua orang Yahudi. Beliau dipukul mukanya oleh salah satu nabi palsu (lawannya) yang mematahkan simpul kayu itu dari leher Jeremiah serta mengulangi lagi ceramah dengan lantang dari nabi-nabi palsu. Jeremiah dimasukkan ke dalam sel yang penuh dengan lumpur, dan hanya diberi makan dengan sekeping roti kering yang dibuat daripada barli setiap hari hingga terjadi kelaparan di kota itu, yang diserang oleh orang-orang Chaldea. Nabi palsu (Hananiah) meninggal seperti diramalkan oleh Jeremiah. Dinding kota itu diruntuhkan di suatu tempat dan tentera yang menang itu menyerbu masuk kota, Raja Zedekiah yang melarikan diri dan orang-orang yang besertanya ditangkap dan dibawa ke raja Babilon. Kota dan kuil itu sesudah dijarah lalu dibakar dan semua penduduk Jerusalem dibawa pergi ke Babilon; hanya orang dari kelas miskin yang ditinggalkan untuk mengusahakan tanah. Atas perintah Nebukadnezar, Jeremiah diizinkan tinggal di Jerusalem dan gabernor yang baru diangkat yang bernama Gedalliah diberi tugas untuk menjaga dan mengurus nabi itu. Tetapi Gedalliah telah dibunuh oleh orang Yahudi yang memberontak dan mereka kemudian lari ke Mesir dengan membawa Jeremiah beserta mereka. Bahkan di Mesir pun beliau meramal hal-hal yang bertentangan dengan kepentingan para pelarian dan orang-orang Mesir. Beliau pastilah sudah mengakhiri hidupnya di Mesir. <source>


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silahkan Coretannya yang ditunggu untuk kebaikan bersama....