Nabi Isaiah ataupun Nabi Yesaya adalah salah seorang 12 nabi-nabi kecil Bani Israil yang tidak tercatat namanya dalam Al Quran |
Biografi
Nabi Isaiah A.S. hidup di zaman pemerintahan kerajaan Judah dibawah pemerintahan 4 orang raja iaitu Uzziah/Azariah, Jotham, Ahaz dan Hezekiah. Raja Uzziah mentadbir kerajaan Judah selama 52 tahun iaitu pada pertengahan abad ke 8 sebelum masihi dan kemungkinan Nabi Isaiah memulakan tugas kenabiannya sebelum kematian Uzziah iaitu pada 740 SM. Beliau hidup hingga 14 tahun pemerintahan Raja Hezekiah yakni 698 SM dan kemungkinan juga hidup pada zaman pemerintahan Manasseh. Jadi Isaiah mungkin telah bernubuat(kenabian) untuk tempoh panjang sekurang-kurangnya enam puluh empat tahun.
Nabi Isaiah juga hidup ketika berada di bawah pemerintahan kerajaan Assyria iaitu ketika pemerintahan Tiglath-Pileser III dan Shalmaneser V dari Sumeria yang telah menawan kerajaan Judah ketika beliau masih muda, termasuklah serangan tentera oleh Sennacherib ke atas Judah.
Isaiah menurut Islam
Menurut Ibnu Ishaq, Nabi Isaiah telah diutuskan sebelum Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dan beliau juga telah bernubuat tentang kedatangan Nabi Isa dan juga Nabi Muhammad S.A.W.
Yesaya berkhutbah dan mati syahid
Menurut penafsiran Islam telah dinyatakan bahawa Hezekiah adalah raja yang memerintah Jerusalem (Baitulmuqaddis)ketika hayat Nabi Isaiah A.S. Hezekiah sentiasa patuh dan mendengar nasihat Nabi Isaiah tetapi tetap dengan pendiriannya kerana ketika itu keadaan di Israel/Judah sangat meruncing. Keadaan semakin meruncing apabila berlakunya kematian raja Judah itu. Setelah kematian raja itu, Nabi Isaiah telah mengatakan kepada Bani Israil untuk tidak melupakan Tuhan dan beliau memperingatkan mereka bahawa mereka harus berhenti daripada terus-menerus melakukan dosa dan juga daripada ketidaktaatan. Tradisi Muslim berpendapat bahawa tidak sepatutnya orang-orang Bani Israil marah dan berusaha untuk membunuh Nabi Isaiah. Dalam sebuah kematian yang mirip dalam kehidupan para nabi, penafsiran Islam menceritakan bahawa beliau menjadi syahid setelah dibunuh dengan digergaji badannya oleh Bani Israil.>>sumber<<<
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Silahkan Coretannya yang ditunggu untuk kebaikan bersama....