28 Okt 2012

Inilah Kisah Nabi Malakhi AS

Kisah Nabi Malakhi AS
Maleakhi atau Mal'akhi yang bermaksud "Utusan/Malaikatku" adalah seorang nabi dalam Alkitab, Perjanjian Lama umat Kristian dan Tanakh bagi umat Yahudi.

Malakhi adalah nabi terakhir dalam 12 nabi-nabi kecil dan penulis Kitab Maleakhi, kitab terakhir dalam Perjanjian Lama (Mal. 4:4-6) edisi Kristian, dan merupakan kitab terakhir dalam kumpulan Nevi'im (nabi-nabi) dalam Tanakh Yahudi.


NABI MUHAMAD SAW. DALAM KITAB NABI MALAKHI
Di dalam kitab Nabi Malakhi ada dinyatakan mengenai Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W. pada fasal 3 :1: 2 yang dinyatakan seperti berikut : "Bahawasanya Aku menyuruh utusanku yang menyediakan jalan dihadapan hadirat-Ku dan dengan segera akan datang kepada kaabahnya, Tuhan yang kamu rindukan itu. Bahawasanya ia akan datang, demikianlah firman Tuhan sarwa sekalian alam. Tetapi siapakah gerangan akan menderita hari kedatangannya? Dan siapa tahan berdiri apabila kelihatanlah dia? Kerana iapun akan seperti api pandai emas dan akan seperti sabun binara." "Akan datang seorang utusan," yang seperti nyala api dan sabun binara. Kedatangannya dengan membawa anasir-anasir yang panas, keras seperti sabun binara. Ia tidak datang seperti Yesus (Isa) yang lembut dan "sunyi senyapnya." Iapun tidak bersikap selemah lembut Yesus, yang mengasuh umat seperti seekor induk ayam mengumpulkan dan menaungi anak-anaknya. Alangkah penyabarnya Yesus ini. Tetapi akan orang yang datang sesudah Yesus itu dengan panas seperti panasnya api pandai emas jua ia membakar bumi Arabia bahkan sampai ke hujung Hispanola (Sepanyol) dengan seruan jihadnya yang sangat menggetarkan hati lawannya: "Allahu Akhbar."

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. memang sudah diramalkan akan berlaku dan baginda akan menyebarkan agama yang cukup lengkap dan sempurna yakni Islam keseluruh dunia bermula dari Tanah Arab hinggalah ke seluruh dunia bahkan yang dikatakan hingga ke Sepanyol itu telah pun berlaku apabila panglima Tariq bin Ziyad telah berjaya menawan Sepanyol ataupun Al Andalus melalui peperangan jihad dan seterusnya menyebarkan Islam di wilayah terbabit. Dan memang benar bahawa seruan Takbir yang dilaungkan oleh para pejuang Islam telah menggetarkan hati musuh-musuh Islam terutamanya dalam setiap peperangan jihad.<<<sumber>>>

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silahkan Coretannya yang ditunggu untuk kebaikan bersama....